Pemindahan teknologi pembalakan Hutan_tropika

Selagi lagi kita menyeru agar negara maju tidak hanya mengecam tetapi turut membantu menyelamatkan hutan tropika. Mereka boleh membuat kajian bagi memaksimumkan penggunaan kayu balak yang ditebang. Selama ini banyak kayu yang ditebang tidak digunakan sepenuhnya.Dahan dan ranting pokok mungkin boleh diambil untuk kegunaan lain.

Bagi menjimatkan kos, jentera membelah kayu balak boleh dibawa ke dalam hutan. Kayu balak hendaklah diproses terlebih dahulu bagi menambah nilainya. Eksport kayu balak mentah hendak dilarang sama sekali.

Malangnya negara maju enggan memindahkan teknologi terbaru kepada negara-negara membangun. Mereka mendakwa 'teknologi hijau ' dapat mengatasi masalah alam sekitar. Tetapi itu semua tenyata meleset. Tambahan pula dipersulitkan lagi dengan dengan soal hak cipta, harta intelektual , modal dan manipulasi politik.

Adalah tidak mungkin mendesak Malaysia menghentikan sepenuhnya kegiatan pembalakan. Masih terdapat 74 % hutan di Malaysia berbanding dengan 2 % hutan di Amerika Syarikat dan 9.3 % hutan di Britain. Lagipun pembalakan di Malaysia dilakukan secara sistematik.